Tgk Jangan X Tgk

Thursday, 26 September 2013

Jalan2 Buat Kerja @ Puteri Inn, Rompin, Pahang

Salam olss..sory lama x update cite,,bz sgt..hihi...harini pg jalan2 ke Rompin sbb nak setelkan byran program Kedaik bru2 ni..aiseh jap lg bt entry psal tu..slalu lupe...hihi...anyway,,kalau lalu Rompin,pls3 singgah ke Puteri Inn ni sbb msakan dia mmg tiptop,,dh setel byr2 td, makan skjap,,ak x pndang mende lain dh..nampak ikan patin masak tempoyak!!! pengsan...lama giler kot ak xmakan...tp kontrol2 sbb pedas,plus aku selsema,,,huhu..nak tmbah tp segan,,hehe pasni konpem x dah ye..oh ye,,ats keterujaan jumpe patin td tu,lupe langsung nak snap gmbr..so ak google2 n jumpe blog Puteri Inn ni,,,kredit kt blog PPIK Kuala Rompin ..so ak pnjam skit gmbr dr blog tu hokehh..

Restoran Puteri Inn di Rompin telah diusahakan oleh En Abdul Wahab b Sulaiman atau En Dol bersama dengan isterinya Puan Noraini bt Ismail. Beliau telah menguruskan Puteri Inn selama 7 tahun. Sebelum itu, beliau menguruskan Redan Inn di Muadzam Shah selama 12 tahun.
Antar menu yang istimewa dii sini ialah makanan tradisional yang terkenal iaitu Lemang Periuk Kera. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau alas perut. Ia sedap dimakan bersama rendang daging atau ayam
 
 Selalunya makanan istimewa ini akan ditempah dahulu kerana En Dol terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari periuk kera yang sesuai. Periuk kera yang sesuai ialah periuk kera betina kerana ia berbentuk mangkuk, kecil dan senang diuruskan ketika menyediakan pulut dan juga mengukusnya.
 
lemang yang telah dibuka. Rasa pulutnya lembut dan santannya rata.
 
periuk kera jantan dan betina (betina diisi dengan lemang)
periuk kera betina yang comel lote...
lemang periuk kera yang telah habis dimakan..
En Dol ini sebenarnya sangat terkenal kerana hasil usahanya mengetengahkan masakan tradisional yang unik dan eksotik seperti Lemang Periuk Kera ini. Beliau telah beberapa kali diundang ke rancangan televisyen seperti Majalah 3, Malaysia Food Discovery, Pesta Makanan di Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu dan lain-lain.
En Abdul Wahab b Sulaiman
Selain daripada Lemang Periuk Kera ini, En Dol juga ada menyediakan beberapa menu eksotik yang lain, seperti Puding Raja, Puding Puteri dan Kuih Seri Puteri Kelapa Sawit.
Untuk lauk-pauk pula, menu istimewa ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Patin Panggang Kunyit, Ikan Patin Panggang Air Asam, Ikan Patin Panggang Tempoyak dan Ikan Patin Panggang Percik. Ikan Tenggiri Bakar Air Asam pula merupakan menu kegemaran Al-Marhum Sultan Abu BAkar, adalah terkenal di seluruh negara.
Manakala masakan udang pula, beliau menyediakan Udang Galah Masak Puteri, Udang Galah Masak Lemak CIli Api. Udang Galah Lemak Manis pula adalah masakan yang pasti akan dihidangkan ketika lawatan Tuanku Sultan ke Rompin atau ke daerah-daerah berdekatan.Ia juga merupakan hidangan istimewa buat orang-orang kebesaran seperti Menteri-menteri  dan lain-lain. Namun, jika hidangan untuk Tuanku Sultan, jangan lupa mengupas kulit nya dahulu.
Masakan sayur juga tidak ketinggalan. Antara nya ialah Kaduk Tempoyak dan Pederam. Pede atau budu kata orang Kelantan, dicampurkan dengan 13 jenis herba-herba seperti  pucuk ubi, jantung pisang, terung pipit, belimbing besi, petai, daun kunyit, kantan dan  kulat sisir. Sayur Mamis Campur pula terdiri daripada sayur petola, bendi, bayam, anak jagung, bunga kobis, daun kunyit dan selasih. Semuanya direbus dan rasanya memang manis dan sedap....
Perlu diingat wahai pembaca semua masakan eksotik ini perlu ditempah terlebih dahulu kerana ramuan-ramuan nya perlu dicari dan disediakan terlebih dahulu

p/s : singgah jangan x singgah tau!!! =)

3 comments:

TelingaBulat said...

wahh 1st time tau ni...

diya nadiah said...

bile nk bwk ak g sne?hehe..

zieta said...

TB,,hehe yeke..sya pn klau x deal dgn dia,xtau jgak.. =p

Yah,,muadzam pn ak xbwk lg,,ni kan rompin,,hehe =)

Selamat Datang Ke Blog ZiEtA

My Pregnancy

Lilypie Pregnancy tickers

~mY AgE~

Daisypath Happy Birthday tickers