Tgk Jangan X Tgk

Wednesday, 10 August 2011

Kerajaan Terengganu dan Pahang umum bonus setengah bulan gaji kepada Kakitangan awam


Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.
“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.
Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.
Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.
Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satupembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. – Bernama
(p/s: if its true,,,yippieee,,,if its not true,,its ok,,,still love gov)

No comments:

Selamat Datang Ke Blog ZiEtA

My Pregnancy

Lilypie Pregnancy tickers

~mY AgE~

Daisypath Happy Birthday tickers